Zeel Production sedang melakukan sesi pencarian bakat bakat wanita yang berkebolehan berlakon dan menyanyi untuk membintangi sebuah drama muzikal terbaru kami yang bakal disiarkan di TV3.
Pencarian bakat wanita ini terbuka kepada semua bangsa, agama, saiz, warna kulit serta bonus jika berkemampuan menari dan aktif di media sosial.
Pihak kami terbuka untuk menerima penyertaan dari semua pihak termasuklah artis yang sudah bernaung dibawah mana-mana label, syarikat rakaman, syarikat pengurusan artis.
Semuanya boleh mengambil
peluang dan ruang dalam dalam sesi pencarian bakat wanita ini. Penyertaan boleh dihantar ke alamat emel [email protected].
Untuk makluman lanjut, boleh berhubung dengan pihak Zeel Production.