Aniq Suhair Terima Anugerah Artis BBNU Tonton Terbaik.

Drama Tahyul merupakan sebuah siri drama seram televisyen terbitan Zeel Production arahan Junaime Ramfizal Rahmat (Che Mie). Drama ini dibintangi oleh Aniq Suhair, Wani Kayrie dan Cik B. Siri ini ditayangkan di slot samarinda Tv3 pada tahun 2021.

 Drama Tahyul ini menceritakan tentang lima sekawan yang menghoskan konten di laman sosial ‘Tales of Tahyul’ yang mana aktiviti berkaitan dengan paranormal di sebuah rumah usang. Aniq Suhair membawa watak sebagai Afiq dalam drama tersebut. Baru-baru ini, beliau mendapat penganugerahan sebagai Artis BBNU Tonton Terbaik dalam Siri Drama Seram yang berjudul Tahyul di Majlis Anugerah Drama Sangat.

Tetapi disebabkan faktor kesihatan yang tidak berapa baik, beliau tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan Zeel Production telah mewakilkan beliau untuk mengambil trofi Bbnu Artis Tonton Terbaik di atas pentas Anugerah Drama Sangat Ahad lalu.

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *