Azza Elite memegang watak sebagai Saleha dalam drama terbaharu terbitan Zeel Production iaitu Imam Instant Ustazah Scammer. Watak Saleha yang begitu kepochi dan kelakar sangatlah menghiburkan dan mencuit hati penonton. Baru-baru ini, Azza Elite memberi sedekah sejadah kepada rakan artis dan krew-krew drama Imam Instant Ustazah Scammer sempena hari akhir watak Saleha di lokasi penggambaran.
Menurut Azza, sejadah yang diberikan itu adalah sedekah sempena di bulan ramadan yang barakah ini. Azza bukan sahaja penyanyi, pelakon wanita Malaysia, malah beliau juga merupakan usahawan yang mengusahakan banyak produk seperti makanan, kosmetik, hijab dan banyak lagi. Sejadah juga salah satu daripada produk jualan beliau.
Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat boleh la DM di laman instagram beliau @azzaelite untuk info lanjut.