Bintang Baru Iman Aneesa Teruja dapat bersama Nasha Aziz dalam Rindu Darul Iman

Kami sempat pergi ke set pengambaraan Bintang GV Di Kejar Zombie tempoh hari dan teruja apabila dapat tahu Watak Utamanya adalah Influencer Iman Aneesa . Wahh daripada Watak Tambahan kini Iman di beri kepecayaan oleh Producer kita untuk tampil sebagai Heroin dalam Telemovie Astro Raya kali ini.

Telemovie Raya ini juga turut di bintangi sebagai teraju utama adalah Bandi Amuk , Yassin Senario & Suki .

Kami sempat menemubual Iman Aneesa yang sudi berkongsi pengalaman beliau daripada Set Rindu Darul Iman sehingga ke Set Bintang GegarVaganza ini .

Iman Aneesa yang berasal dari Kuala Terengganu  merupakan pelajar Uitm jurusan Masscom tahun akhir yang memang minat berlakon sebenarnya. Cuma disebabkan Iman duduk di Kuala Terengganu maka hanya job di sekitar sahaja yang beliau ambil buat masa ini.

Menariknya apabila ditawarkan berlakon watak sebagai Emma , Iman teruja dapat berlakon bersama Nasha Aziz & Nomad sebagai teraju utama.

Pengambaraan mengambi masa selama 1 bulan di Kuala Terengganu ini memberi banyak pengalaman kepada Iman terutamanya Nasha Aziz yang banyak memberi ilmu ilmu lakonan kepada Iman .

Iman juga berkongsi beliau suka berlakon dalam Set Zeel Production sebab semuanya baik baik terutamanya dari Produksi Manager Abang Fendi London yang sangat support Iman dan kelakar orangnya .

Alhamdulillah Iman dapat panggilan dari Zeel Production sekali lagi panggil Iman untuk membintangi Telemovie Raya ini dan hari ini Iman tampil sebagai watak peneraju Mira bersama Abang Bandi Amuk , Yassin & Suki .

Ucapan Terima Kasih kepada Zeel Production sebab sudi bagi peluang kepada Iman .

10 FAKTA MENARIK MENGENAI IMAN ANEESA 

  1. Merupakan Anak Pertama dari 4 orang adik  Beradik
  2. Hobi utama adalah Food Hunting dan paling suka makanan Thai
  3. Anak terengganu yang sukakan permandangan pantai terutamanya pantai di Pulau Perhentian.
  4. Status terkini masih lagi bujang .
  5. Iman tiada kacukan hanya Ayah & Mak orang Melayu sahaja
  6. Iman Mudah mesra dengan semua orang . boleh bergaul dengan semua .
  7. Meminati Pelakon Maya Karin
  8. Filem paling diminati Ombak Rindu
  9. Jika di beri peluang Iman nak cuba Watak Wanita Psiko
  10. Drama Bersiri pertama berlakon adalah Rindu Darul Iman .

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *