Co-Creator kepada Komik Doraemon Fujiko Fujio A Meninggal Dunia . Seluruh Peminat Doraemon berkabung hari ini.

 

Berdasarkan laporan Anime News Network waktu tempatan , Pencipta bersama (co-creator) komik Doraemon, Fujiko Fujio A dilapor telah meninggal dunia pada pagi Khamis di kediamannya di Kawasaki, Tokyo pada usia 88 tahun. Pihak Polis pada awalnya menerima laporan mengenai kejadian Fujiko yang di laporkan rebah pada 8.40 pagi di kediamanya.

Walau bagaimanapon sejurus tiba , Figura Manga Doraemon itu di sahkan meninggal dunia dan pihak polis masil lagi menyiasat punca kematianya. Namun hasil pemeriksaan awal mendapati mendiang tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka yang mencurigakan.

FAKTA MENGENAI FUJIKO FUJIO A
  1. Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko merupakan anak lelaki sulung kepada seorang sami di sebuah kuil bersejarah yang terletak di wilayah Toyama tengah.
  2. Menariknya, ketika di sekolah menengah, beliau berkawan dengan Hiroshi Fujimoto dan kemudiannya mula mencipta kartun Jepun yang terkenal ‘Doraemon’. Sejak dari itu, mereka mula bekerjasama.
  3. Selain itu, Fujiko juga berjaya menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk Ninja Hattori, seorang ninja yang menjadi kawan baik kepada kanak-kanak biasa serta karya-karya lain untuk golongan dewasa.
  4. Walaupun sudah lama berkawan dengan Fujimoto, Fujiko pernah mengakui bahawa dia sendiri amat jarang membaca kartun Doraemon.

     

    “Saya cuba elak untuk baca karya ‘Doraemon’ sebagai langkah berjaga-jaga, kerana apabila saya membacanya, saya mungkin akan terpegaruh oleh fikiran bahawa saya mampu untuk melukis seperti itu,” katanya sambil ketawa (ketika masih hidup),
    
    sumber : NDTV

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *