Drama Bersiri Ayahanda Bakal di Filem kan ?

Menurut Penebit Drama Ayahanda , Hj Fadzil Teh – pihaknya melalui Zeel Production berhasrat untuk mengangkat karya novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah, penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berdasarkan respon yang tinggi daripada peminat Drama Ayahanda kami sebagai penerbit ingin meneruskan lagi Drama Ayahanda kepada Filem, tetapi semua ini masih dalam perbincangan bersama beberapa pihak.

Mohon doakan perancangan ini dipermudahkan,” katanya.

“Apabila kita terbitkan drama ini dan ditayangkan di Slot Lestary TV3 tahun lalu, banyak sangat maklum balas positif diterima dan mahukan kisah ini difilemkan pula.

“Kebanyakannya tidak puas dengan apa dipaparkan. Apatah lagi masih banyak kisah yang belum dipaprkan dalam drama. Jadi, penonton inginkan lagi,”

Menurut Fadzil, jika perancangan itu menjadi pihaknya akan mengekalkan barisan pelakon selain menambah beberapa pelakon terkenal lain bagi di sesuaikan dengan watak yang ingin diperkenalkan.

Dalam masa sama, Fadzil berkata pembikinan filem itu bukan untuk mengutip keuntungan, sebaliknya mahu berkongsi karya agung itu.

“Soal kutipan belakang kira. Kalau dapat berjuta ia adalah bonus. Sebab kita tak tahu penerimaan penonton untuk kisah sebegini jika ia difilemkan,” katanya.

Terdahulu, drama Ayahanda menampilkan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

“Apabila kita terbitkan drama ini dan ditayangkan di Slot Lestary TV3 tahun lalu, banyak sangat maklum balas positif diterima dan mahukan kisah ini difilemkan pula.

“Kebanyakannya tidak puas dengan apa dipaparkan. Apatah lagi masih banyak kisah yang belum dipaprkan dalam drama. Jadi, penonton inginkan lagi,”

Menurut Hj Fadzil Teh, jika perancangan itu menjadi pihaknya akan mengekalkan barisan pelakon selain menambah beberapa pelakon terkenal lain bagi di sesuaikan dengan watak yang ingin diperkenalkan.

 

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *