Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pelakon menerusi filem komedi seram gelap bersama Usop Wilcha yang berjudul Werewolf dari Bangladesh arahan Mamat Khalid dan membawa watak sebagai Jenab. Sehingga kini, beliau masih lagi berlakon dan drama terbaharunya bersama Shahz Jazle berjudul Mati Pucuk.
Selain itu, Emma Maembong juga telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar yang merupakan Juruterbang pada tahun 2020 lalu. Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Shariq Gabriel (2 tahun). Pada 15 Februari lalu, Emma telah membuat video perkongsian di halaman instagram miliknya dengan membuat video ‘prank’ terhadap suaminya. Video tersebut bertujuan memberi kejutan kepada suaminya bahawa dia telah mengandung anak kedua mereka.
Min pun turut teruja dengan video yang telah dimuatnaik oleh Emma dan pengumuman yang telah dibuat. Bahkan tidak lama lagi anak sulungnya Shariq Gabriel akan menjadi seorang abang. Min doakan semoga kandungan Emma sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan dalam keadaan baik sehingga proses bersalin nanti.