Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Need Help? Call us!

+6019-202 0691

web template zeelproduction

FINAS boleh batal lesen penerbitan jika siar babak tidak bermoral – CEO Finas Md Nasir Ibrahim

Perbadanan Filem Nasional FINAS dalam kenyataan medianya berkata pihaknya berhak untuk membatalkan lesen penerbitan jika pemegang lesen di sabitkan kesalahan berkaitan menipu & tidak jujur dalam memohon lesen FINAS.

Ujar Ketua Eksekutif Operasi FINAS Dr Md Nasir Ibrahim ,FINAS  memandang serius tindakan pelakon Zull Ariffin memuat naik video di media sosial yang memaparkan babak lakonannya dalam drama Perempuan Itu.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara ini bukan di bawah kuasa Finas.

“Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesan penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2)” ujarnya dalam kenyataan.