Muhammad Hafidz Roshdi atau lebih dikenali sebagai Hafidz Roshdi adalah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12. Beliau terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3.
Sumber Harian Metro berkata, Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya dengan talak satu bersaksikan keluarga. Di samping itu, Nur Shuada juga iaitu isteri kepada beliau akan memfailkan cerai pada 1 Mac tahun ini iaitu bersamaan dengan tarikh kelahiran shuada.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri hangat diperkatakan oleh masyarakat apabila isterinya sendiri telah mendedahkan bahawa pelakon itu menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Difahamkan wanita yang bernama Atira Yuhada iaitu bekas kekasih kepada pelakon itu sendiri telah mengaku akan silapnya dan meminta maaf kepada Shuada.
Namun, Shuada berkata di laman sosial medianya dia boleh memaafkan tapi tidak untuk melupakan. Hafidz dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah (6 tahun) dan Umar (2 tahun).