Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Hidayah yang merupakan balu kepada arwahyarham Abam Bocey. Hidayah tidak bersetujuh dengan tindakan Ali puteh iaitu adik kepada arwah suaminya itu untuk membayar secara ansuran dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh Mahkamah sebanyak 60000 ribu ringgit pada 18 Februari tahun lalu.
Hidayah menyatakan bahawa dia sudah memberikan tempoh masa yang agak lama kepada pihak Ali untuk menjelaskan bayaran. Tambahan pula, tidak mahu perkara yang tidak dingini berlaku. (petikan dipetik daripada artikel ohbulan.com)
Pada masa yang sama Hidayah juga berkata bahawa peguamnya tidak pernah menerima surat dari pihak Ali tentang sebarang surat yang mengatakan bayaran akan dilakukan secara ansuran.
Di samping itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata bahawa bayaran tersebut akan dibayar secara ansuran dan kedua dua peguam pihak masih berbincang tentang proses pembayaran tersebut. Akibat mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan pihak hidayah menerusi laman instgram dua tahun lalu, ali diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar 60000 kepada hidayah.