Industri Muzik Malaysia Masih Sihat – Noh Salleh

Konsert Patah Hati yang diarah oleh Ahmad Faizal Zulkipli telah berlansung pada 15 Mac 2023 (Rabu). Konsert ini bertujuan untuk peminat-peminat yang menggemari lagu yang menyentuh hati. Konsert ini juga menampilkan enam penyanyi popular iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri, Aisha Retno, Insomniacks dan Naim Daniel. Di samping itu, konsert ini juga mendapat sambutan yang baik daripada peminat. Di mana, dianggarkan lebih 2400 orang penonton datang ke Konsert Patah Hati di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini. (Sumber dari astro Awani). Sambutan ini memberi keterujaan kepada enam penyanyi popular tersebut, antaranya ialah Noh salleh. Menurut beliau, sokongan yang ditunjukkan oleh penonton dan peminat yang hadir membuktikan bahawa Industri Muzik Malaysia masih sihat. Justeru, Noh juga berkata, konsert ini sudah setanding dengan  Konsert BlackPink walaupun konsert itu tidak diadakan pada waktu hujung minggu tetap mendapat sambutan yang hangat. (katanya ketika ditemui Astro Awani selepas konsert berakhir).

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *