Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Need Help? Call us!

+6019-202 0691

web template zeelproduction (19)

Ini baru cerita realiti hidup orang kita – Netizen puji Ayahanda Raya sarat dengan pengajaran

banyak feedback kami terima daripada Twitter & Facebook dan ini antara perkongsian daripada Redzuan Manaf antara perkongsian yang menarik perhatian kami .

ini antara perkara yang kami rasa terharu dan alhamdulillah perkongsian ini benar benar mengubat rindu kami kepada naskah yang berkualiti

 

 

Ini baru cerita realiti hidup orang kita.

Bukan cerita mengarut company juta-juta. Projek sini projek sana. Duduk rumah besar dan pakai kereta mewah segala. Penceritaan dalam drama AYAHANDA ni sangat dekat dengan majoriti masyarakat Malaysia. Kehidupan anak beranak dalam sesebuah keluarga. Ayah yang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Emak yang sangat taat dan memahami perangai suaminya. Anak-anak yang selalu duk silap sangka. Konflik adik beradik, bertikam lidah itu menjadi perkara biasa.

Tiada watak seksi atau menjolok mata. Tiada watak penggoda yang rosakkan rumahtangga. Tiada kekerasan yang ditunjukkan dalam hampir keseluruhan cerita. Dan pengakhirannya semua gembira dan bahagia.

Ini yang kami mahukan dari produser drama kat luar sana. Antara naskah terbaik yang pernah ditayangkan kepada kita. Pelakon yang sangat hebat dalam mainkan watak depa. Sangat-sangat berkesan dan menyentuh jiwa. Tidak kayu macam tunggul kecuali 2-3 orang watak pembantu