KARAN JOHAR bijak ambil kesempatan
Nama KARAN JOHAR mula melonjak selepas kejayaannya mengarah dah menerbitkan film superhit KUCH KUCH HOTA HAI. Selepas kejayaan KKHH dia mula mengatur strategi dengan menggabungkan bintang bintang besar dan hebat Bollywood di setiap filemnya seperti KABHIE KUSHI KABHIE GUM.
Hubungan baiknya bersama sama artis terkenal membolehkan beliau mengambil hampir 52 bintang sebagai bintang undangan di dalam satu scene di dalam filem KKKG. Dia di anggap seorang pengarah yang daring dan berani mengeksplotsasi bintang bintang ternama
Jenamanya terus kukuh bila dia menerbitakan rancangan bual bicara COFFEE WITH KARAN yang sekarang sudah masuk musim ke 7.
Memandangkan artis artis seperti Rani Mukarjee, Kajol, ShahRul Khan dah di makan usia, beliau mula memancing anak anak kepada pengarah terkenal seperti Alia Batt anak kepada pengarah dan penerbit Mukesh Batt dan Varun Dhawan anak kepada pengarah dan penerbit David Dhawan beraksi di dalam filem berjudul STUDENT OF THE YEAR. Percubaannya berhasil dan filem itu menjadi superhit manakala Alia Batt dan Varun Dhawan menjadi bintang popular dan ternama hingga ke hari ni.
Di saat Alia Batt sudah melangsungkan perkahwinan, Karan mula mengeksploitasi anak dan cucu bintang bintang ternama seperti Suhana Khan (anak SRK), Agatstya Nanda (cucu Amita Bachan di dalam filem terbaru terbitannya The Archies arahan Zoya Akhtar. Mampu kah kali ni Karan menjadikan mereka bintang baru di Hollywood ? sama sama kita nantikan.