Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Need Help? Call us!

+6019-202 0691

Horizontal_KDS_Option_4

Kerana Dia Suka

Kerana Dia Suka

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Skrip: Mufid Suhaimi, Next Scene Team
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma, Zain Saidin
Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Idham
Rita Nadira sebagai Wardina
Trisha Ooi sebagai Zaimah
Fendi London sebagai Haji Budin
Riz Amin sebagai Ijol
Nasha Aziz sebagai Seha
Mimi Ernida sebagai Aida
Ezany Nizarif sebagai Dato Zack
Marisa Yasmin sebagai Datin Frida
Nina Smith sebagai Nurlisa
Lagu Tema (OST) 
Lagu : Kan Kan Kan
Penyanyi : Zarol Zari
Komposer : Cat Farish, Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Suffren Ghafar, Amri Aziz

Sinopsis Kerana Dia Suka

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”
Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” – Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.
Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” – Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham

Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

Kerana Dia SukaKerana Dia SukaKerana Dia Suka

 

 

 

Jom Tonton Kerana Dia Suka Official Trailer di Youtube Zeel Entertaiment

Bila hati dah suka, bagaimana pula nak mengelaknya? Bila hati dah melekat, tahi gigi pun rasa coklat ? Nantikan drama bersiri ini di TV3!

Anda juga boleh tonton secara eksklusif melalui @disneyplushotstarmy!

LESTARY KERANA DIA SUKA MULAI 9 MAC 2022

SETIAP RABU-SABTU 9 MALAM DI TV3

Pengarah : @kyollhamzah_director

Skrip : Mufid Shuhaimi & Next Scene

Team Inspirasi novel karya Marissa terbitan @karyaseni.

Jom Dapatkan Novel Kerana Dia suka di link ini

https://shp.ee/9nagtw7