Ketty Natalia merupakan peserta pertandingan ‘Perleh Got Talent’ yang dianjurkan oleh Zeel Production di Pentas Utama Pesta Angin Timur 2023 di Perlis dan juga merupakan Juara pertandingan ini dengan membawa satu lagu yang bertajuk ‘The Greatest Snowman’. Pada tahun 2010, beliau juga pernah menyertai Mentor Tv3 dan menjadi protege Ziana Zain. Baru-baru ini, Penerbit Zeel Production iaitu Hj Mohd Fadzil Teh berkesempatan menemu bual Ketty Natalia semasa beliau membuat persembahan dan menanyakan sebab mengapa beliau ingin menyertai pertandingan ‘Perleh Got Talent’ ini.
Menurut Ketty, tujuannya menyertai pertandingan ini adalah untuk mencuba nasib beliau mendapatkan dana peruntukan untuk mewakili Malaysia ke ‘World Championship of Performing Arts’ di California 25th July tahun ini. Dana Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM 34800 ringgit. Pertandingan Antarabangsa ini merupakan satu pertandingan yang di panggil sebagai ‘Olimpik Bakat’ rasmi untuk memberi ruang kepada peserta yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam menunjukkan bakat mereka. Pertandingan ini juga hanya diadakan di USA, Canada, South America, South Africa dan Asia.
Zeel Production akan berusaha membantu Ketty Natalia untuk mendapatkan dana yang diperlukan. Walaubagaimana pun, sesiapa yang ingin membantu atau menaja beliau bersedia untuk menimbang apa saja bentuk tajaan dari mana-mana pihak.
Maklumat lanjut:-
Nama: Ketty Natalia Binti Rasul
No Telefon : 012-648-8963.