KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM segmen bekpes hot pada hari rabu. Kj ataupun nama sebenarnya Khairy Jamaluddin merupakan bekas Menteri Kesihatan mencuri tumpuan netizen. Beliau bersetujuh menyertai tawaran tersebut untuk menjadi penyampai radio kerana Kj berkata ini merupakan peluang baginya untuk berkomunikasi dengan orang ramai melalui radio secara santai.
Sepanjang beberapa jam bersiaran, Kj tidak begitu kekok untuk berbual dengan pendengar dan kelihatan beliau menghargai masa itu. Malah Kj dilihat pandai bergurau dan terhibur apabila disakat oleh penyampai radio Hot FM iaitu Johan dan AG. Selain itu, Kj juga berkata ini boleh mengubah rutin harian paginya selepas tidak memegang apa-apa jawatan di Parlimen.
“Sekarang pagi saya dengan Hot FM” sebab selalunya lepas berbasikal saya akan sambung tidur. Dah lama tak rehat, terpaksa direhatkan jadi rehatlah” (Artikel dipetik dari Mstar).
Pada 9 Februari lalu, Kj juga mengesahkan bakal menyertai Hot FM selepas surat terbuka yang dibuat di laman instagram beliau untuk menjadi salah seorang penyampai radio baharu di segmen pagi stesen berkenaan. Segmen Bekpes Hot FM ini bersiaran pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari isnin hingga jumaat dan turut dikendalikan oleh Johan, AG dan Farah Fauzana.