Lagenda Sepak Takraw Negara, Adnan Saidin Meninggal Dunia.

 Menerusi postingan dari artis veteran Malaysia iaitu Zulkifli Ismail, Adnan Saidin atau lebih dikenali sebagai Raja Libas Sepak Takraw Negara meninggal dunia pagi tadi. Dikhabarkan Allahyarham Adnan Saidin akan dikebumikan di tanah perkuburan Alor Star Kedah selepas solat Zohor tadi.

Kepada Sesiapa yang tidak mengenali Adnan Saidin. Beliau merupakan pemain sepak takraw yang terkenal pada waktu ketika dahulu. Adnan pernah mewakili negara Malaysia pada tahun 1980 sehingga 1986. Beliau juga terkenal dengan gelaran Raja Libas dari posisi apit kiri dan beliau juga pernah digelar sebagai Pemain Terbaik Asia pada 1984 dan Raja Sepak Takraw 1986.

Zeel Production mendoakan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *