Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Need Help? Call us!

+6019-202 0691

web template zeelproduction (5)

Lagu Letup Tapi Nama Artis Ni Tetap Sendu

‘Bukan senang nak senang’. Begitu juga dalam menceburi bidang industri tanah air.

Tak semudah seperti yang kita sangkakan. Bercakap memang mudah. Cipta lagu dan muat naik ke dalam YouTube, kemudian terkenal. Hakikatnya tak sebegitu ya!

Muhammad Harith Najmi Bin Hasnul Hashim mempunyai bakat dalam mencipta lagu. Beliau telah mencipta 5 lagu dan ada yang telah dijadikan OST. Namun, namanya masih belum dikenali.

Siapa tak tahu drama Lelaki Kiriman Tuhan yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Remy Ishak tu? Lagu OST drama itu telah ditulis dan dinyanyikan oleh Muhammad Harith atau nama penanya Nami Harez.

Untuk pengetahuan umum, Nami Harez telah berjaya menghasilkan lagu yang berjudul Dewinda OST drama Lelaki Kiriman Tuhan, lagu Sara Sajeeda OST drama Sara Sajeeda dan lagu Kan Ada Setia OST untuk drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Nami Harez juga mencipta lagu bertajuk Baru Raya dan lagu Empati yang dibawakan oleh Jasper Supayah.

Hakikatnya, untuk kekal berada dalam dunia industri ini bukanlah mudah seperti yang dikatakan.

Setiap impian pasti ada ujian dan dugaan. Kami ucapkan jangan mengalah dan teruskan berjuang !