Mia Ahmad merupakan seorang pelakon wanita dan model bebas Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan di TV3.
Mia dan suami akhirnya mendedahkan wajah anak ketiga mereka kepada peminat mereka melalui sosial media beliau. Mia selamat melahirkan anak ketiga mereka iaitu pada 17 Januari lalu dan anak perempuanya itu diberi nama Imaani bersama suaminya Mohd Izham Tarmizi pemain bola sepak Sri Pahang (FC).
Instagram Mia Ahmad dipenuhi dengan komen-komen yang positif dan teruja kerana anak ketiga mereka itu memiliki wajah yang comel. Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017, hasil dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua cahaya mata sepasang iaitu Syaf issa (4 tahun) dan iris yang kini berusia 2 tahun.