Muaz Zabir Teruja Dapat Banyak Tawaran Berlakon.

Muaz Mohamad Zabir atau lebih dikenali sebagai Muaz Zabir merupakan pelakon lelaki baharu Malaysia dan juga merupakan Juara Fit For Action TV3 2022. Zeel Production berkesempatan menemu ramah muaz melalui laman sosial instagram tentang perkembangan terkini Muaz Zabir selepas menjuarai Fit For Action.

Muaz berkata, beliau teruja kerana mendapat banyak tawaran berlakon. Antaranya tawaran berlakon dalam drama terbaharu terbitan Zeel Production sendiri yang bertajuk Rahsia Damia. Muaz juga gembira kerana setiap watak yang diberikan merupakan pengalaman baru buatnya. Selain itu, Muaz juga teruja kerana dapat berkerjasama dengan pelakon-pelakon lain seperti Intan Najuwa, Adam Lee, dan artis baru yang lain.

Jangan lupa untuk saksikan drama terbaharu terbitan Zeel Production yang berjudul Rahsia Damia akan datang di TV3.

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *