Qasrina Karim atau lebih dikenali sebagai Qasrina merupakan pelakon wanita baharu dan model wanita Malaysia. Sebelum ini, beliau sering dikaitkan dengan Mira Filzah kerana mereka mempunyai wajah yang mirip sehinggakan ada netizen yang mahu mereka digandingkan sebagai adik-beradik di dalam mana-mana drama. Kini impian netizen tercapai apabila mereka digandingkan di dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer terbitan Zeel Production. Baru-baru ini Mira Filzah memuat naik video tiktok bersama Qasrina. Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok milik Mira Filzah itu, gandingan mereka berdua nampak serasi malah mereka juga kelihatan begitu iras sekali. Betullah kata netizen mereka sememangnya memiliki raut muka yg sama serta tak sangka pula Qasrina juga memiliki bakat lakonan yang sangat baik!
Imam Instant Ustazah Scammer ini menceritakan tentang Ustazah Effa yang sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar Ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadhan dan bertemu Imam Ashraf. Mira Filzah membawa watak sebagai Ustazah Effa dan Qasrina pula membawa watak sebagai Siti Siakap. Drama ini bersiaran setiap hari Ahad Pukul 9 malam di Astro Ria dan juga turut dibintangi oleh Hun Haqeem dan Mierul Aiman.