Pengalaman sebagai seorang tukang pembancuh air di surau, membantu Hun Haqeem membina wataknya sebagai Imam Ashraf dalam drama terbaharu terbitan Zeel Production yang berjudul Imam Instant Ustazah Scammer. Menurut Hun, dia banyak mendekati jemaah masjid untuk bersama-sama menunaikan solat supaya beliau dapat mendalami lagi karakter seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ilmu agama yang tinggi.
Hun juga berkata, banyak karakter di sekeliling beliau menjadi rujukan dan kemudian disatukan untuk menjayakan watak Imam Ashraf. Hun pernah menjadi tukang pembancuh teh di surau semasa bulan ramadan dan dari situ juga Hun mendalami watak ini.
Drama Imam Instant Ustazah Scammer ini juga, merupakan gandingan pertama Hun Haqeem dan Mira Filzah.