Anugerah Drama Sangat telah berlansung pada 12 Mac 2023 bersamaan hari Ahad lalu. Anugerah ini diadakan sebagai sebuah anugerah berpestij untuk meraikan setiap titik peluh dan tulang belakang industri dalam industri hiburan. Anugerah ini mempertandingkan Drama Terbaik, Drama Popular, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik.
Penulis Skrip menerusi Drama Episod Ayahanda terbitan Zeel Production iaitu Wan Mahani dan Maizura telah berjaya mendapat penganugerahan sebagai Penulis Skrip Terbaik di Majlis Anugerah Drama Sangat Semalam. Drama Ayahanda mendapat sambutan yang baik daripada penonton dengan rekod 2.5 juta tontonan pada episod pertama bersiaran di slot lestari TV3. Ayahanda menampilkan gandingan hebat iaitu Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Zeel Production mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penulis kerana berjaya menjadi Penulis Skrip Terbaik.