Pertandingan ‘Perleh Got Talent’ sejulung kalinya yang dianjurkan oleh Zeel Production sempena Pesta Angin Timur 2023 ini mendapat sambutan luar dugaan. Peserta-peserta yang datang adalah daripada seluruh Negeri Perlis termasuk Kedah dan Pulau Pinang. Ada juga peserta daripada Johor Bharu yang ingin datang dan turut serta namun disebabkan banjir melanda di negeri tersebut mereka terpaksa menarik diri.
‘Perleh Got Talent’ mendapat 200 orang peserta namun pihak Zeel Production hanya memilih 40 orang peserta di bawah ke peringkat akhir. Pertandingan ini bermula pada 9 pagi hingga 2 petang di Pentas Utama Pesta Angin Timur pada 4 Mac 2023. Akhirnya 5 orang pemenang terbaik sahaja yang dipilih oleh barisan juri. Juara pertandingan ini dimenangi oleh Ketty Natalia Binti Rasul membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500 ringgit bersama trofi (nyanyian). Naib Juara, Mohamad Tarmizi Bin Mustafa Barzani dan membawa pulang Rm 1000 bersama trofi (nyanyian), Tempat ketiga, Nurfathia Aisya Binti Mohd Faisal (Pengacara) Rm 700 ringgit bersama trofi, Tempat Keempat, Kumpulan Illusion membawa pulang Rm500 dan trofi. Tempat Kelima pula dimenangi oleh Khairul Anuar Iskandar Bin Abdullah (Football Freestyle) membawa pulang Rm300 ringgit dan juga trofi. Barisan juri juga secara spontan telah menghadiahkan Anugerah Khas kepada adik cilik yang bernama Nur Daliya Zhara Irdina Binti Hasbullah yang baru berusia (6 tahun) kerana dapat mempamerkan bakatnya di dalam seni silat.
Pihak Zeel Production merasa terkejut kerana majlis ini mendapat sambutan luar dugaan di mana mendapat maklum balas daripada sebuah Negeri di Malaysia yang menawarkan pihak Zeel Production menganjurkan program yang serupa. Zeel Production juga berterima kasih kepada barisan juri yang terdiri daripada Penerbit Zeel Production iaitu Hj Mohd Fadzil Teh, Pelakon Fendi Seman, Cikgu Helmy Hamdah, Penulis Skrip Mf Kenchana dan Pengarah Drama iaitu Faliq Sharif. Pertandingan ini juga diserikan lagi oleh penyanyi Azza Elite yang menyumbangkan dua buah lagu yang bertajuk ‘Asyik’ dan ‘Trauma.
Akhir sekali, Zeel Production sangat bersyukur dan berpuas hati di atas kesungguhan oleh peserta dan berharap dapat mengilat lagi bakat-bakat peserta supaya bakat mereka tidak hilang begitu sahaja. Persembahan peserta boleh ditonton melalui Chanel Youtube TV Perlis.