Persiapan Menyambut Bulan Ramadan.

Bulan Ramadan merupakan ibadah puasa yang biasanya dijalankan 30 hari mengikut penetapan anak bulan. Tahun ini bulan ramadan jatuh pada tanggal 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 hijrah. Terdapat beberapa persiapan yang perlu kita lakukan sebelum menyambut kedatangan ramadan yang mulia ini.

Antaranya ialah, berdoa kepada Allah SWT agar diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan ramadan dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik. Selain itu, bergembiralah dengan menyambut kedatangan bulan ramadan, perbanyakkan zikir dan selawat. Persiapkan diri untuk berdakwah dengan membuat catatan ringkas dan umum mengenai ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan dalam bulan ramadan yang singkat ini.

Akhir sekali, membuka lembaran baru dengan taubatan nasuha yang bersungguh-sungguh. Mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, rakan-rakan, saudara-mara dengan berkongsi ilmu ibadah puasa dan berbakti kepada masyarakat kerana masyarakat yang baik adalah masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain.

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *