Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Untitled design (3)
Need Help? Call us!

+6019-202 0691

lp_khatijah_ibrahim_wajah_impian_piring_hitam_1549612771_db53b1d0

PRIMADONA : Khadijah Ibrahim

Datuk Khadijah Ibrahim (juga dieja sebagai Khaty Ibrahim dan Khatijah Ibrahim) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 19 Januari 1959, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. “Kupendam Sebuah Duka” merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu “NAM Shall Lead The Way” (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – NAM XIII) dan lagu “Malaysia Truly Asia” (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia). Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.