Zeel Production | Make Everybody Dream Come True

Untitled design (3)
Need Help? Call us!

+6019-202 0691

lp__uji_rashid_kali_terakhir_k_1619071610_0c02d6c5_progressive

PRIMADONA : Uji Rashid

Uji Rashid (dilahirkan sebagai Fuziah binti Haroun Al Rashid) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia yang terkenal. Beliau pernah menyanyi berpasangan dengan pasangan duet pertamanya di pentas iaitu Sudirman Haji ArshadLatif IbrahimD J Dave dan Hail Amir. Insan seni yang bermata galak ini dikurniakan dengan suara manja yang semulajadi serta sinonim dengan gelaran “penyanyi bersuara manja” oleh peminat seni tanahair; terutamanya generasi 70an, 80an dan 90an. Bahkan suara manja ini juga menjadi signature beliau yang tersendiri dalam lakonan filem, drama tv dan pentas yang dijayakannya. Sehinggakan pada lewat 90an sendiri, Uji Rashid telah meminjamkan suara beliau untuk sebuah siri popular kanak-kanak antarabangsa yang dialihsuarakan ke Bahasa Malaysia.