Baru-baru ini, Zeel Production berkesempatan untuk menemu bual Qasrina Karim di lokasi penggambaran Imam Instant Ustazah Scammer. Qasrina berkata, dia begitu gembira kerana setakat ini semua pengalaman yang beliau dapat semua manis-manis belaka. Lebih – lebih lagi dapat digandingkan dengan Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman serta pelakon veteran yang hebat seperti Mak Jah, Yasmin Hani, Yassin, Fendi Seman dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, Qasrina juga berkongsikan, pengalamannya membawa watak sebagai Siti Siakap merupakan cabaran yang bukan mudah kerana karakter Siti Siakap yang begitu ‘extrovert’ berbeza dengan karakter sebenar beliau yang ‘introvert’. Oleh itu, Qasrina paksa diri untuk mencuba benda baru. Watak Siti Siakap ini juga sangat berbeza dengan watak-watak yang pernah beliau dapat sebelum ini. Walaubagaimana pun, tiada masalah buat Qasrina untuk membawa watak Siti Siakap ini dengan baik.