RAHSIA AWET MUDA DATO RAHIM RAZALI.

Tidak lain tidak bukan, siapa lagi yang tidak mengenali Dato Rahim Razali yang merupakan pelakon lama di Malaysia. Beliau merupakan pelakon malaysia yang melakonkan banyak watak dramatis, pengacara sukan, pengarah, penerbit filem dan juga penulis skrip. Beliau juga telah banyak memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal.

Tenaga Kerja Zeel Production berkesempatan berbual dengan Dato Rahim Razali semasa di set penggambaran yang bertajuk 3 sekawan yang diterbitkan oleh produksi zeel itu sendiri. Mereka berbual mengenai Apakah Rahsia Dato Rahim Razali Kekal Awet Muda?. 

Menurut beliau, rahsia mengekalkan awet muda ialah dengan mengamalkan makanan petai dan jering. Beliau berkata petai dan jering ini banyak khasiat dan kebaikannya. Antara kebaikan petai ialah, kaya dengan sumber-sumber mineral yang amat tinggi seperti kalsium, zat besi dan kaya dengan vitamin A, B1 dan lain-lain lagi. ( sumber google).

Di samping itu,  vitamin A merupakan vitamin larut-lemak dan bergantung kepada larutan micellar bagi pengagihan pada usus kecil yang mengakibatkan penggunaan vitamin A rendah akibat pemakanan rendah lemak. Manakala, vitamin B1 pula, adalah zat gizi yang berperanan dalam pembentukan suatu energi.

Seterusnya, kebaikan jering pula, kaya dengan sumber-sumber galian seperti protein, lemak, karbohidrat dan baik untuk proses penghadaman. Oleh itu, ini dapat membuktikan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dan jering seperti yang Dato Rahim Razali terbukti dapat mengekalkan awet muda dan membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan juga pembentukan energi.

 

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *