Muhammad Ryan Fahmi Bakery atau lebih dikenali sebagai Ryan Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia dan selebriti TikTok yang berasal dari negeri Perak. Terdahulu Ryan Bakery viral di laman sosial Tiktok dengan membuat video parodi dengan zaman childhood yang generasi kelahiran 80an dan 90 an sahaja yang boleh relate.
Video-video yang dibuat oleh beliau tidak dinafikan membuatkan ramai penonton terhibur. Selain itu, idea kreatif beliau dalam membuat video juga membantu Ryan meningkatkan pengikutnya di aplikasi Tiktok.
Sumber Gempak mengatakan dengan menyajikan konten zaman childhood, pempengaruh Ryan Bakery berjaya memenangi kategori Content Creator Tergempak di malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022. Video parodi Ryan juga mengalahkan konten pempengaruh Khairul Aming, Namie SMY, Mek Yun dan Syahmi Sazli.
Namun rezeki tidak pernah salah alamat, Ia telah menjadi sumber pendapatannya setelah dirinya bergelar influencer kerana mendapat respon positif daripada masyarakat netizen.