Selepas Di Pecat Dari Mic On – Azwan Ali Mahu Berehat Ramadan Ini

Lagi berita dari Twitter kami dapat berkenaan Diva AA Azwan Ali yang katanya mahu berehat selepas isu kontroversi di pecat dalam satu rancangan realiti Mic On oleh Awesome TV tempoh hari .

 

“Assalamulaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Salam Ramadan 1443 Hijrah daripada ‘truly amazing’ Diva AA untuk berbilion-bilion muslim di seluruh dunia khasnya pengikut hebat Diva AA.

“Semoga Ramadan 1443 Hijrah membawa 1,000 keberkatan untuk kita semua insya-Allah. Jangan lupa puasa. Jangan lupa bersahur dan jangan lupa mengembalikan nostalgia Ramadan yang lama menghilang dari kita hampir setahun lamanya.

“Cuma Diva AA nak mengingatkan pada semua bahawa media sosial Diva AA akan terhenti sepanjang Ramadan 1443 Hijrah. Ada hikmahnya. Insya-Allah. Jumpa lagi,” tulisnya.

Baguslah macam tu Diva AA . Kami doakan yang terbaik untuk Azwan Ali ya . Selamat Berpuasa.

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *