Beribu ucapan tahniah kami ucapkan kepada Aliff Aziz yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebenar tadi.
Aliff yang membawa persembahan lagu Sampai Syurga dan Dealova itu mengetepikan saingan seperti Nikki, Azan Scan, Adibah Noor, Aweera dan Suki.
Kemenangan tersebut melayakkan penyanyi berusia 31 tahun tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Naib juara dimenangi oleh Nikki Palikat, tempat ketiga pula disandang Suki Low.