Beribu ucapan tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Nurhaliza yang mulai trending harini di Twitter berikutan tersenarai di nombor 27 dari 100 Artis Antarabangsa dalam Top 100 Most Awarded Musician All Time kerana telah memenangi lebih 300 Anugerah sepanjang karier beliau.
Sedikit Biodata Datuk Seri Siti Nurhaliza
Nama Penuh : Siti Nurhaliza Binti Taruddin
Nama Komersial : Siti Nurhaliza
Tarikh Lahir : 11 Januari 1979
Asal Kelahiran : Kampung Awah , Temerloh Pahang.
Pekerjaan : Penyanyi , Usahawan , Host , Penerbit Lagu , Penulis Lagu , Jurucakap Produk .
FAKTA MENARIK TENTANG SITI NURHALIZA
- Anak ke empat dari tujuh adik beradik . Tiga darinya menceburi sebagai penyanyi Siti Nurhaliza , Siti Norsaida & Saiful Bahri .
- Bapanya Arwah Taruddin Ismail adalah seorang Koperal manakala ibunya Siti Salmah Bachik adalah seorang suri rumah & berniaga Nasi Lemak secara sambilan .
- Mula aktif dalam bidang Hiburan bermula pada tahun 1995 selepas menjuarai Pertandingan Nyanyian Bintang RTM pada 1 April 1995 .
- Popularitinya mula ke puncak apabila Single terbaru beliau “Jerat Percintaan ” memenangi anugerah utama Anugerah Juara Lagu 11 selain merangkul trofi Persembahan Terbaik & Lagu Balada Terbaik.
- Sehingga tahun 2005 , album sulungnya laris sehingga 800,000 unit dan ini adalah rekod untuk pasaran tempatan sahaja.
- DS Siti Nurhaliza juga telah memenangi lebih daripada 300 Anugerah dari dalam & luar negara.
- Juga sehingga kini telah mencipta 2 rekod dalam Malaysian Book Of Rekod.
- Secara Keseluruhan DS Siti telah menerbitkan lebih 16 buah Album Studio , 2 Album Duet , 8 Album konsert , 11 Album Kompulasi dan 250 lagu & Single.