Bekas finalist hero remaja 2011/2012 sebaris dengan Fattah Amin, Ben Amir, Syafiq Kyle, Fendy Bakri dan ramai lagi ini dilahirkan di Kangar perlis. Kini syarikatnya mempunyai seramai 60 orang pekerja dan ejen jualan sebanyak 200 orang di Malaysia & Singapura.
Menerusi syarikat beliau yang menghasilkan kek jenama Absolute Chocolat yang pada kapasiti maksimum dapat mengeluarkan sehingga 2000 biji kek sehari. Kini jenama ini mempunyai 3 cawangan kiosk di pasaraya terkenal seperti MidValley, Sunway Pyramid & IOI City Mall.
Langkahnya dalam bidang perniagaan tampak seakan-akan mudah mungkin disebabkan hubungan baiknya dgn para artis dan personaliti media sosial dan juga wartawan. Namun, ramai yang tidak tahu akan cabaran dan dugaan yang beliau perlu tempuhi sebelum beliau dapat menempah kejayaan.
Sebagai contoh, seawal usia beliau 16 tahun lagi, Ben sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur seorang diri untuk belajar hidup berdikari di ibu kota dengan membawa visi yang jelas iaitu untuk mengharumkan nama dan memingkatkan martabat keluarganya yang berasal dari Perlis.
Beliau merupakan bekas pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis.
Beliau percaya, sesiapa pun mampu menggapai cita-cita jika kita cekal dan berusaha keras tanpa mengenal erti putus asa. Walau dari mana pon anda berasal, kejayaan pasti menunggu kita sekiranya kita mempunyai suatu misi dan visi yang jelas disusuli dengan tindakan yang pantas.
Harapan beliau supaya lebih ramai anak Perlis berani untuk berhijrah ke ibu kota dan mencuba sesuatu yang baharu serta sekaligus mengharumkan nama negeri Perlis di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.