TERKINI : Kasihan Nasib REENA NICKY Sudah Jatuh Di Timpa Tangga.

Sedih kami terima berita ini . Khabar kami terima daripada penyanyi yang terkenal dengan single Bahasa Hindi/Urdu Reena Nicky ingin meluahkan rasa kecewa kerana hampir 2 tahun dia tidak menerima sebarang tawaran menyanyi,
Tambah sedih apabila suaminya mengalami kemalangan teruk yang menyebabkan tempurung kepala rosak dan digantikan dengan yang baru  . Kini status kesihatan suaminya beransur pulih tetapi daya ingatan  masih bercelaru dan kadang kadang  berpewatakan seperti budak budak..
Antara berita terbaru yang Reena ingin kongsikan adalah Reena akan melancarkan single terbarunya dan di jangka proses rakaman di Lahore,Pakistan .
Selain itu juga Reena sudah  mendapat tawaran untuk berlakon di pakistan , tapi masih memikirkannya sebab takut tertipu lagi . Berat hari Reena nak terima sebab pengalaman lepas dan masih memikirkan akan suaminya sakit. 
Kita doakan Reena & Suami kembali pulih moga ada rezeki selepas ini ya .

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *