TERKINI : Kerana Artis Pilihan Stesen TV Demand Harga, Bayaran Upah Krew Produksi masih di takuk lama.Terpaksa Terima Hakikat Antara Dua Darjat

“Kadang-kala upah diterima pekerja di belakang tabir bergantung kepada budi bicara penerbit.

“Kami gembira jika stesen TV menaikkan bayaran kepada penerbit sebanyak 10 peratus. Namun, kami berharap artis jangan pula menaikkan harga melampau.

“Setiap kali harga naik, artis cenderung menaikkan harga. Akhirnya, kru masih terima bayaran pada takuk sama. Semuanya kerana bajet sudah ‘mengalir’ kepada artis.

“Penerbit pula akhirnya tidak dapat buat untung. Mereka perlu akur dengan permintaan artis dan stesen TV yang hanya mahu sesetengah pelakon sahaja membintangi drama terbabit,” katanya.

Bagi jurumekap, Zainal Azmi Mat Yan, 58, yang mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 2008, upah diterima memuaskan.

Namun, Zainal tidak menafikan ada antara jurumekap menerima bayaran tidak setimpal dengan kerja dan pengalaman mereka.

Zainal berkata, jurumekap sepatutnya dibayar serendah RM600 untuk satu episod drama. Namun, ada antara mereka menerima bayaran RM400.

“Saya sangat berharap PROFIMA dapat membantu kami memperjuangkan kenaikan upah untuk pekerja belakang tabir.

“Saya pernah bekerja dengan dua syarikat produksi iaitu Zeel Production dari 2013 sehingga 2020. Sekarang saya bekerja dengan World Evolution milik Datuk Jurey Latiff Rosli.

“Setakat ini, kedua-dua syarikat memberikan kadar upah berbaloi,” katanya.

Zainal berkata, rayuan agar upah untuk jurumekap dikaji semula bukan bermaksud mereka ‘demanding’ atau meminta-minta.

“Ada kalanya kami perlu membeli peralatan mekap baharu. Lebih-lebih lagi pada musim pandemik, alat solek seperti berus contohnya, tidak boleh bercampur.

“Jadi, kami perlu sediakan beberapa set. Selain itu, kami perlu lakukan proses sanitasi peralatan mekap dan ini memerlukan kos,” katanya.

sumber dari BHarian

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *