Dakwaan tidak masuk akal lagi bodoh ini telah dibuat oleh satu halaman yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi di dalam satu hantaran yang dimuat naik semalam.
Di dalam hantaran tersebut, Ilmu Eskatologi membuat dakwaan bahawa luka yang ada di bahagian muka Naim adalah akibat daripada ritual ‘soul scalping’. Manakala kecederaan pada tangan kanan pula dikatakan mempunyai kaitan dengan ‘the hidden hands’. Namun dakwaan dangkal ini telah disangkal awal lagi dan kecederaan yang dialami oleh Naim bukannya disebabkan dia menjual jiwanya kepada syaitan. Tetapi dia tercedera disebabkan bermain ‘skateboard’.