TERKINI : NOMAD kini ke layar TV

Sekian lama empunya diri menyepikan  diri selepas beraksi di GegarVaganza  7 (2020), tiba tiba penyanyi ni buat keputusan untuk menceburkan diri di dalam bidang lakonan.

Sebenarnya sejak awal pembabitannya sebagai penyanyi, Nomad selalu ditawarkan berlakon drama siri tapi dia menolak kerana berasa malu. Tetapi tawaran dari Zeel Production pada tahun 2022 tidak mampu ditolaknya lagi .

Tambahan Haji Zil sendiri yang menghubungi secara peribadi dan menawarkan watak Iman di dalam minisiri 2o episod Rindu Darul Iman. Bakatnya dalam bidang dalam bidang nyanyian & sebagai pencipta lagu di cungkil dari rancangan realiti TV Keynote yang di siarkan di Astro pada 2010.

Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alief Ayub kini berusia 32 tahun kini gembira memikul watak sebagai IMAN kerana dia di benarkan berlakon menggunakan bahasa dialek Terengganu .

Tambahan lagi beliau sangat teruja dapat berlakon bersama-sama Nasha Aziz yang menjadi ibu angkat nya dalam mini siri ini.

Pada hari pertama turun set , 5 jam tangan saya menggigil kesejukkan kerana takut menghadap camera dan tambahan lagi kena menghafal dialog. Buat masa ini  tawaran nyanyian menjadi kurang sebab masalah Covud yang meningkat naik. Doakan saya dan terima kasih kerana masih support saya ya .

Nantikan kemunculan Iman dalam Rindu Darul Iman di RTM .

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *