Rentetan isu hangat seorang penerbit menyelar Tv pilih 7 artis sahaja pihak kami cuba dapatkan komen beberapa penerbit tersohor.
Kami hubungi Saudara Shuhaimi Lua yang juga merupakan Penerbit & Pengarah Tanah Beris yang banyak menerbitkan Drama untuk TV3,Astro & RTM. Beliau sering mengangkat bintang baru yang ada nilai komersial dan boleh di gilapkan lagi . Contoh terkini adalah Nokki (K Clique) yang baru selesai sebagai watak utama HERO dalam 28 episod .
Seterusnya pihak kami hubungi juga rakan Penerbit dari Creative Skill Solution Pn Suriyati yang turut senada dengan Suhaimi Lua dan menyangkal dakwaan perlu ambil artis pilihan stesyen TV kerana pihaknya sendiri berani mengambil artis baru seperti Syarifah Rose yang di gandingkan bersama Redza Rosli . Menurut Pn Suriyati walaupon masih baru tetapi lakonan Syrifah Rose menjadi bualan di laman sosial Twitter dan memberikan rating Drama Kekasih Hato Mr Bodyguard yang tinggi.
Kami juga ada hubungi Pn Jalena Rejab Penerbit dari Country & Universal yang sering mengambil bintang baru seperti Sophie Koshka (171K Follower) yang berpasangan dengan Keith Foo . Menurutnya lagi sebagai penerbit kita harus berani mencuba mengangkat bintang bintang baru yang berbakat tanpa mengharapkan 7 bintang kesayangan TV Station sahaja. Kalau kita terlalu bergantung pada artis tersebut alamatnya tak shooting lah saya sampai 2023 sedangkan TX tayangan perlu di kejar.
Berdasarkan feedback kami terima ini rata rata penerbit berharap akan ada lebih ramai lagi muka muka baru yang berbakat dan mewarnaikan industri drama kita .
Nota : Pihak zeel jugak mengalu alukan wajah baru untuk muncul di kaca tv. Tunggu sebuah rancangan pencarian bintang bintang darpiada negeri perlis yang akan diadakan tidak lama lagi
untuk info terkini boleh suscribe ke Channel Telegram Zeel Production.