TMZ : 70 hari habis shooting payment tak dapat lagi

Panas panas Team Media Zeel (TMZ)  dapatkan Che Ta untuk dapatkan penjelasan lanjut apakah yang terjadi selepas status ini di post di Instagram Rozita Che Wan menjadi viral malam tadi.

Kata Che Ta rupanya selepas habis shooting drama pon sehingga kini masih belum terima bayaran walaupon selepas 60 hari atas isu kewangan oleh pihak penerbit, Katanya belum dapat pengeluaran wang dari FINAS.

Yang geram kata Che Ta dia pun dapat jugak geran FINAS, tapi bila shoot pakai la modai dulu, ni kalau nak tunggu duit dari depa mana lah boleh. Che Ta kata dia bolehlah bertahan sebab job kiri kanan ni ada artis yang sakit demam tak leh shoot dok tunggu bayaran tu saja kesian.

Dan dalam mengeluh isu payment ini rupanya Che Ta ada projek baru dengan jolsluxefabrics mengeluarkan koleksi tudung sempena Hari Wanita , koleksi “womenempower tidak lama lagi.

Manakala untuk ramadhan ini Che Ta akan melancarkan koleksi baru dengan 10 design, tunggu yer,

Peminat Rozita Che Wan jangan lupa untuk menyaksikan drama terbarunya Kerana Dia Suka di TV3 .

 

 

wah kali ini dia menjadi orang tanpa bermekap tebal dan berbulu paling.

Che Ta jugak bagi tahu hanya menerima tawaran drama dari penerbit yang membayar dengan harga yang mahal dan paling teruja sekali beliau akan turun set penggambaran Kiah The Movie untuk Astro First.

Peminat Cik Kiah simpan duit awai awai sebab kena beli hehe.

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *