Baru-baru ini, nama Mak Jah menjadi bualan di laman sosial. Di mana, karakter beliau sebagai Baby Jah seakan-akan Diva Kampung Ramadan menerusi drama terbaharu terbitan Zeel Production yang berjudul Imam Instant Ustazah Scammer mencuit hati penonton dan menghiburkan.
Karakter Baby Jah ini juga membuatkan nama Mak Jah melonjak naik dan semakin dikenali ramai. Walaupun Mak Jah sudah berusia, namun lakonannya masih membawa impak yang positif kepada penonton yang menonton.
Mak Jah yang ditemui di lokasi penggambaran itu, memberitahu bahawa dia sangat suka dan sangat teruja kerana dapat berlakon bersama bintang-bintang muda dalam drama ini.
Jangan lupakan untuk saksikan Mak Jah dalam Drama Imam Instant Ustazah Scammer setiap hari Ahad, Pukul 9 malam di Astro Ria.