Baru-baru ini, Zeel Production berkesempatan untuk menemu bual Mierul Aiman tentang wataknya sebagai Ronaldo di lokasi penggambaran Imam Instant Ustazah Scammer di Kapar, Klang. Menurut Mierul, watak Ronaldo ini bukan lah mudah tapi ‘Adventure’ buat beliau. Disebabkan watak Ronaldo yang begitu ‘playful’, bermain dengan dunia sendiri, Mierul setiap hari akan mencari idea untuk menjayakan watak ini dengan ‘punchline-punchline’ yang kena di hati penonton. Walaupun agak susah, Mierul tetap bersenang hati untuk menjayakan watak Ronaldo ini.
Selain itu, Mierul juga bersyukur dan berterima kasih kerana terpilih untuk membawakan watak ini serta dikelilingi artis-artis veteran seperti Mak Jah, Fendi Seman, Yassin dan lain-lain yang mengalu-alukan pelakon baharu seperti beliau untuk bersama-sama menjayakan drama ini.
Mierul juga sangat gembira dan berterima kasih kepada penonton dan peminat kerana tidak berhenti-henti memberi sokongan kepada beliau untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang bintang baharu dalam industri seni.