Zamarul Hisham berlakon dengan anak sendiri.

 Zamarul Hisham merupakan pelakon terkenal di Malaysia. Beliau merupakan suami kepada Dramatis Wanita Diana Rafar. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1997 menerusi drama pertamanya Gerimis Mengundang sehingga tahun 2022 beliau sudah berlakon lebih daripada 100 buah drama hingga diiktiraf sebagai salah seorang pelakon terbaik Malaysia. Sehingga kini, lakonan beliau masih memberi impak dan mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton. Terbaharu drama lakonannya bersama Bella Astillah berjudul Aku Tanpa Cintamu menjadi hit dan fenomena.

Baru-baru ini kami mendapat perkhabaran Zamarul Hisham sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk siaran TV3 yang berjudul Saat Hilang Cintamu. Menariknya ini adalah gandingan pertama kali beliau bersama anak sulungnya (Bersama Diana Rafar) iaitu Kashfi Haikal yang baru berusia 13 tahun. Dalam drama ini Zamarul Hisham dan juga anak sulungnya Kashfi Haikal membawa watak bapa dan anak.

Walaupun Kashfi Haikal baru berusia 13 tahun tetapi dia mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan membawa watak anak tersebut dengan begitu baik dan menyayat hati. Semasa di set penggambaran, Zamarul  membantu dan mengajar anaknya cara berlakon serta anaknya juga mendapat pujian daripada pengarah telemovie ini,  Rahila Ali. Ketika ditanya Apakah Zamarul Mengizinkan Anaknya menjadi seorang pelakon, Zamarul mengatakan dia tidak menghalang sekiranya anak sulungnya itu ingin menjadi pelakon di masa akan datang mengikuti jejak langkahnya.

 

Min pun tidak sabar untuk menyaksikan drama Saat Hilang Cintamu ini yang akan ditayangkan pada bulan April nanti di slot Raya  Tv3. Drama arahan Rahila Ini juga turut dilakonkan oleh Rita Nadira, Malek Mccrone, Abbas Mahmood dan adik Nirdiana. Telemovie ini menjalani penggambaran dan berlatarbelakangkan keindahan negeri Perlis Indra Kayangan.

 

Selain itu, kepada sesiapa yang berminat ke Perlis dan Hatyai dengan pakej yang menarik sila hubungi pimpinan travel yang tertera di bawah.

Note: Pimpinan Travel Sdn Bhd

…… ( Zahar Bubu).

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *