Pelakon terkenal Malaysia Zamarul Hisham menerima menantu pertama mereka selepas anak terunanya, Izzat Haiqal (24) selamat berkahwin dengan Dina Zakirsa. Zamarul menitip doanya untuk kedua pasangan mempelai tersebut disulam kebahagiaan dan nasihat buat mereka.
Zamarul berkata, tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Walaubagaimanapun, tetap la tempuhi alam perkahwinan dengan sifat yang bertolak ansur. Saling la memahami antara satu sama lain untuk menuju kebahagiaan hingga kekal ke Jannah.
Zamarul Hisham juga teruja dan bersedia untuk bergelar menjadi datuk selepas ini. Ramai rakan artis juga turut mengucapkan tahniah buatnya di laman instagram terdahulu Zamarul berkongsi foto bersama isterinya Diana Rafar dan pasangan pengantin tersebut. (Dipetik dari Rotikaya)