Zeel Production Bakal Lahirkan Bintang Baru.

Zeel Production sememangnya terkenal dengan tagline ‘Makes Everyone Dream Come True’. Di mana, Penerbit Zeel Production Hj Mohd Fadzil Teh memberi peluang kepada artis-artis baharu untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya dalam industri. Baru-baru ini, Zeel Production mengadakan uji bakat di pejabat untuk artis baharu menterjemahkan bakat lakonan mereka melalui skrip Drama Terbaharu yang berjudul Angelz. Drama ini akan memperkenalkan artis-artis baharu yang berbakat bukan sahaja dalam bidang lakonan malah berbakat dalam bidang nyanyian. Antara artis baharu yang terlibat adalah Tika Nasir, Shatirah Amanda, Azrin Shafika, Serene Claire dan ramai lagi. Jangan lupa nantikan Drama Terbaharu Terbitan Zeel Production ANGELZ  di slot TV3 akan datang.

 

 

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *