Zeel Production telah berjaya merangkul anugerah drama terbaik Telenovela

Kuala Lumpur 4 Februari 2023 : Zeel Production telah berjaya merangkul anugerah drama terbaik Telenovela anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YBPN). Anugerah berprestij tersebut yang juga di anjurkan secara bersama dengan Majlis Profesor Negara, Gabungan Penulis Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia

Menerusi Drama Episod Ayahnda yang di tayangkan si stesen milik Media Prima iaitu Tv3 , Zeel Production telah berjaya merangkul 3 anugerah utama iaitu Anugerah TELENOVELA TERBAIK(Zeel Production) PENGARAH TERBAIK(Dato Ahmad Tamimi Siregar) SERTA PENULIS SKRIP TERBAIK( Wan Mahani dan Mazura Ederis.

Kemenangan itu menepati kehendak peminat drama tanahair kerana drama Telenovela Ayahnda menjadi fenomena rakyat Malaysia dengan lakonan hebat beberapa pelakon terkenal tanah air seperti Jalil Hamid, Fauziah Dato Ahmad Daud, Fikri Ibrahim, Hairi Safwan, Shahz Jaszle, Nurkhiriah, Rita Nadira, Mimi Ernida dan ramai lagi pelakon terkenal tanah air.

Penerbit Zeel Production Haji Fadzil Bin Teh yang juga merupakan anak jati Negeri Perlis menzahir rasa sangat bersyukur di atas kemenangan Ayahnda serta berasa sangat berpuas hati dapat membantu mempromosikan keindahan Negeri kelahiran beliau ke serata pelusuk tanah air

Beliau berazam akan terus membuka ruang dan melakukan penggambaran di Negeri Perlis bagi merancakan lagi sektor pelancongan serta hiburan di Negeri yang kecil dan mempesonakan ini.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak terutama Kerajaan Negeri dan Bekas SUK Negeri Perlis YB Azman Ahmad yang telah banyak membantu syarikat Zeel Production ketika penggambaran berlangsung malah YB Juga tidak lokek untuk menjayakan satu babak dalam drama tersebut. Selain itu kerjasama seluruh anggota kerajaan dan rakyat negeri Perlis sangat membanggakan.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur serta semua pihak yang bertungkus lumus memastikan anugerah ini berjalan dengan lancar dan berkualiti.

Tahniah Zeel Production

Tags

Share this post:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *