Seperti yang sedia maklum, pada 4 Mac 2023, Zeel Production melalui Perlis Tv telah mengadakan ‘Perleh Got Talent’ dan mendapat sambutan yang luar dugaan di Pentas Utama Pesta Angin Timur Perlis. Dikhabarkan Pertandingan ‘Perleh Got Talent’ mendapat rating yang sangat tinggi di dalam semua pelbagai acara yang diadakan semasa Pesta Angin Timur itu dijalankan. Pada 7 Mac 2023, Zeel Production terima jemputan dari YAB Menteri Besar Perlis.
YAB Menteri Besar Tuan Hj Shukri sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada Penerbit Zeel Production iaitu Hj Mohd Fadzil Teh kerana ini merupakan pertemuan silaturahim yang mengeratkan hubungan antara pengamal media sosial untuk membantu memperkembangkan lagi sektor pelancongan di Negeri Perlis. Pertemuan ini juga memberi dorongan kepada syarikat Zeel Production untuk terus bekerjasama dalam memajukan Negeri Perlis.